BIRO KEBERSIHAN


Pengerusi







Tn Hj  Ab.Rahman bin Mahmood  

Setiausaha
:
Tn Ab Rahman bin Yusof

Ahli J/Kuasa

Tn Hj Yusof bin Abdullah
Tn Hj Johary bin Idri

Ex –Offico
:
Tn Hj Ab Rahman bin Mahmood

Tenaga Kerja

:
En Zuraimi bin Taib - Kg kota (mulai 6/10/2013)
                                        
1.        Biro ini menjalankan tugas menjaga kebersihan keceriaan dan pembangunan secara bersama dengan Jawatankuasa Persatauan Kebajikan Masyarakat Taman Guru.

2.         Menyelia kerja-kerja yang telah dilaksana oleh pekerja tetap dan juga oleh orang luar.

3.         Menyelenggara peralatan-peralatan.

4.         Menambah dan meningkat kemudahan yang diperlukan oleh pekerja.

5.         Melapor kepada MPKB-BRI masalah kerosakan jalan, longkang, parit dan keperluan lain yang boleh menambah keceriaan, kebersihan dan pembangunan di Taman Guru dan sekitar.

6.       Rakaman ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Allahyarham Tn. Hj Muhammad Bin Daud selaku pengerusi Biro Pembangunan, Keceriaan, Kebersihan.

7.       Menyedia Pelan Induk yang menjadi asas kepada Persatuan PKMTG.

8.       Melaksana program pembangunan, keceriaan dan kebersihan.dengan menanam pokok hiasan.

9.       Bermula sejak awal Taman Guru dibuka telah merangka beberapa program kebersihan dan keceriaan.

10.    Di akhir  tahun 2014 - Satu lambang Taman Guru telah sempurna dibina dengan hajat untuk menjadi ingatan dengan mengenalkan identiti Taman Guru ini sebagai sebuah taman yang diasaskan oleh GURU. Itulah mercu tanda Taman Guru.

11.    Reka-bentuk (design) berdasarkan rekaan geometri-geometrical design.

12.    Fokus utama kepada huruf `TG’ (Jenis huruf gothic) iaitu tegas, tanpa ragam atau hiasan.

13.    Huruf ringkas TG bermaksud Taman Guru. Taman Guru ini adalah taman perumahan untuk para guru yang terulung di Malaysia yang pernah dilaksanakan oleh Koperasi Guru.
14.    Bentuk segiempat bermaksud taman kediaman. Dalam taman, segi 4 lahir bulatan dan huruf TG menjadi motif utama rekabentuk.

15.    Rekabentuk utama itu berdiri tegak di atas tapak konkrit yanag juga berbentuk segiempat. Hiasan jubin (tiles)  keseluruhannya berbentuk segiempat tepat, berwarna hitam putih bermaksud TEGAS serta JITU.

16.    Keseluruhan ciri reka-bentuk menjurus kepada konsep” ketulusan, ketepatan dan  kejituan” yang mana ianya menjadi inspirasi dan peganganpenduduk/penhuni Taman Guru seadanya.

17.    MERCU TANDA TAMAN GURU ini sesuai diberi nama “TEGAS” (saranan).
·         “ TEGAS” tercipta pada Ogos 2014 bersempena sambutan KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 57.
·         Bahan binaan, lokasi dan sekitar adalah mesra alam -Terhasil sempena 31 Ogos 2014.

         Hasil seni tulisan dan karya seni beliau terdapat di ruang hiasan dan dinding  masjid
         Hasil terakhir beliau adalah Hiasan-Hiasan dan Tulisan Nama Kubur Tok Basa.


Kemudahan di Taman Guru kini telah bertambah baik.Tahun 2015 bermulanya satu projek pembinnan pejabat Penggawa Mukim kota  Kota Bharu.Adanya pentadbiran penggawa di Taman Guru ini sudah tentuakan memberi faedah kepada masyarakat di taman ini.   
Laporan disediakan oleh

Setiausaha